Presiden PAS tetamu Makan Malam Amal

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,000 orang akan hadir pada Majlis Makan Malam Amal anjuran PAS Terengganu dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau).

Pengarah program, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan diadakan pada 15 Mei di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata, sehingga kini, tetamu undangan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Sementara itu, Perantau mengambil 20 meja dan menjemput ahli-ahlinya di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk hadir.

Kepada warga Terengganu di perantauan yang berhasrat untuk hadir boleh menghubungi Setiausaha Kerja Perantau, Zulhilmi Abdul Rahman di talian 012-9283560 untuk tindakan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 12/5/2016

Share on Myspace