Projek Kaherah 2050: Mesir layan impian zionis Israel

HARAKAHDAILY | .

Perunding teknik dan pembinaan terkenal yang berasal dari Mesir, Ir Mamdouh Hamza, menyebut Projek Kaherah 2050 yang dilancarkan kerajaan kudeta Sisi pada pertengahan minggu ini hanya bertujuan untuk melayani pemerintahan Yahudi, khususnya mendirikan negara Zionis Israel Raya.

"Hal yang paling berbahaya yang diutarakan Sisi dalam Projek Kaherah 2050 pada hari Khamis (12 Mei) kelmarin adalah rancangan pengusiran paksa kawasan setinggan di sisi barat Sungai Nil untuk dijadikan kawasan elit yang lebih moden," ujar Ir Mamdouh Hamza dalam siri jejaring sosial Twitter.

Ir Mamdouh Hamza menambah, Projek Kaherah 2050 adalah rancangan jahat yang telah disusun berdasarkan pesanan dari luar negeri untuk mengusir penduduk di wilayah timur Sungai Nil menuju barat sungai.

"Ini jelas adalah untuk melayani impian Yahudi yang ingin mendirikan negara Zionis Israel Raya dari tepi Sungai Nil hingga Sungai Eufrat di Iraq," tulis Ir Mamdouh Hamza.

Menurut Ir Mamdouh Hamza, kesinambungan kerajaan kudeta untuk menzalimi rakyatnya disebabkan tidak adanya kekuatan pembangkang yang mampu menandingi kuasa junta tentera di Mesir. (Eramuslim)

Share on Myspace