Seperti inilah derita pelarian Palestin di Iraq

HARAKAHDAILY | .

SEJAK tahun 2003, pelarian Palestin di Iraq telah menjadi sasaran pengusiran dan pembersihan sistematik. Usaha ini sengaja dilakukan Israel, kerajaan boneka Iraq serta militia sektarian yang disokong kerajaan.

Pertubuhan hak asasi manusia Arab (AOHR) yang berpusat di London melaporkan pada Khamis (12 Mei) bahawa gejala pembersihan terhadap pelarian Palestin di Iraq berupa operasi pembunuhan, penangkapan sewenang-wenangnya, penyeksaan, hukuman kejam dan dakwaan yang dibuat-buat.

Akibat pelanggaran itu, berlaku penurunan jumlah warga pelarian Palestin di Iraq hingga 90 peratus. Padahal jumlah warga pelarian Palestin di Iraq ada kira-kira 40,000 orang pada masa Perang Iraq.

Namun, kini jumlah mereka hanya tinggal 3,500 orang yang hidup tersebar di Iraq. Sebahagian besar tinggal di Baghdad yang menjadi sasaran tindakan rasis dan terus dikejar-kejar.

Sementara jumlah warga Palestin di penjara kerajaan Iraq kini mencapai 47 orang, 5 orang disembunyikan paksa, 5 lainnya dijatuhkan hukuman mati, 8 dipenjara seumur hidup dan selebihnya dihukum bermacam-macam.
 
Mereka yang ditahan di penjara Iraq mendapatkan pelbagai penyiksaan dari sebatan, renjatan elektrik untuk dipaksa mengaku dan penyiksaan lain.

Mereka didakwa dengan pelbagai macam dakwaan seperti terlibat aksi pengeboman atau tindakan keganasan.

Sebahagian warga Palestin ditangkap militia Syiah Iraq kerana bekerja di syarikat pelaburan Saudi atau syarikat Iraq yang memasarkan produk Saudi atau hanya berasal dari kalangan Sunni.

Dalam penjara mereka juga tidak diberi makan, tidak diberi ubat jika sakit, dan diseksa secara kejam dalam waktu lama.

Kerajaan Iraq juga melarang keluarga tahanan untuk mengupah seorang peguam dengan alasan mereka sudah di akhir hukuman.

Tahun 2012, kerajaan Iraq sempat berjanji kepada Mahmud Abbas, presiden Palestin untuk membebaskan kira-kira 39 tahanan Palestin. Namun sehingga kini janji tersebut hanyalah khayalan belaka. (Islampos)

Share on Myspace