Nakba 48: Hamas, Jihad Islam gesa gerakan intifadhah

HARAKAHDAILY | .

15 Mei 2016, Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) dan Jihad Islam menyeru intifadhah kepada seluruh aktivis perjuangan sebagai hadiah peringatan 69 tahun pengusiran bangsa Palestin "Nakba" dari tanah air mereka pada tahun 1948.

Dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan pada pagi ini meminta seluruh pemuda Palestin di wilayah Tebing Barat, Baitul Maqdis dan Jalur Gaza terlibat dalam kegiatan peringatan hari ini untuk membangkitkan kembali api intifadhah III sebagai jalan pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin dari penjajahan Zionis Israel.

Senada dengan Hamas dan Jihad Islam, Gabungan Pemuda Intifada pada Sabtu (14 Mei) malam meminta warga Palestin menjadikan peringatan 69 tahun Nakba sebagai hari kemarahan menghadapi penjajah Zionis Israel.

Sikap berbeza justeru diambil berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang berjanji akan terus mengekalkan hubungan baik dengan penjajah Zionis Israel selama mereka terus menepati janjinya.

Abbas menyatakan demikian di stesen televisyen kerajaan dalam sebuah kenyataan rasmi pada Sabtu malam memperingati hari Nakba 48. (Eramuslim)

Share on Myspace