Kurikulum Palestin lupakan Perjanjian Sykes-Picot

HARAKAHDAILY | .

Sebahagian besar pemuda Palestin tidak mengenal secara mendalam mengenai Perjanjian Sykes-Picot.

Mereka juga tidak mengenal kesan drastik pada seluruh perjuangan Palestin, kerana kurikulum sekolah hanya sedikit membahas tentang perjanjian ini.

Menurut Wikipedia, perjanjian Sykes-Picot adalah perjanjian rahsia yang ditandatangani pada 16 Mei 1916 antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan Perancis yang diikuti dan diluluskan oleh Kerajaan Rusia.

Dalam perjanjian ini, ketiga-tiga negara membincangkan pengaruh dan kawalan di Asia Barat selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah pada Perang Dunia I yang telah diramalkan sebelumnya.

Perjanjian ini secara berkesan membelah daerah-daerah Arab di bawah Kerajaan Uthmaniyah di luar Jazirah Arab sehingga pada masa depan dapat ditentukan di mana kawalan atau pengaruh Inggeris atau Perancis akan berlaku.
 
Perjanjian tersebut diajarkan hanya sebagai "rekod" untuk menunjukkan bagaimana Inggeris dan Perancis menyerahkan tanah Palestin kepada penjajah Israel selepas jatuhnya Empayar Uthmaniyyah.

Namun, dalam kurikulum tidak mengajarkan kepada pelajar betapa pentingnya akibat dari perjanjian tersebut.

"Kerana tidak diajar secara terperinci di sekolah, pelajar Palestin memahami bahawa perjanjian itu tidak begitu penting," kata Hamza Al Fayomi, seorang mahasiswa kepada Gulf News.

Nazmi Zoabi, seorang profesor sejarah di Universiti Beir Zeit, mengatakan bahawa kurikulum Palestin telah kehilangan tujuannya.

Sejarah mengenai perjanjian ini seolah-olah melayang tanpa arah yang padu. Akibatnya, tidak hairanlah jika para ahli akademik sering mengeluh tentang kurangnya materi perjanjian Sykes-Picot.

"Kurikulum ini digunakan hanya sebagai alat bagi para pemimpin Palestin untuk membenarkan kewujudan mereka.

"Hal ini tidak menghairankan bahawa elit yang berkuasa, yang mendapat keuntungan dari Sykes-Picot, memilih untuk tidak menonjolkan kesepakatan ini dalam kurikulum Palestin," ujar Zoabi. [Islampos]

Share on Myspace