Perutusan Presiden PAS sempena Hari Guru 2016

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sesungguhnya Allah memberikan kemuliaan kepada manusia dengan iman dan ilmu, maka sangat bertuah dan beruntunglah manusia yang bergelar guru,  ustaz atau muallim yang mengambil tugas penting ini untuk mendidik masyarakat untuk menjadi manusia yang mulia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya Allah mengangkat (darjat) orang yang beriman di antara kamu  dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al Mujadalah: 11)

Sempena Hari Guru yang disambut serentak di seluruh dunia pada hari ini,  maka saya ingin megambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua para guru, ustaz dan muallim yang telah bertungkus lumus mendidik anggota masyarakat untuk keluar dari kepompong kejahilan.

Dalam suasana langit terbuka hari ini, tugas guru berdepan dengan berbagai cabaran yang menuntut kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi. 

Semoga segala cabaran yang ditempuh ini tidak menghalang para pendidik untuk terus menyumbang bakti dalam usaha  melahirkan generasi berilmu dan beriman. Sesungguhnya sebuah negara dan tamadun yang hebat itu,  asasnya dibina oleh guru,  ustaz dan muallim.

"SELAMAT HARI GURU"

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
09 Syaaban 1437 / 16 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 16/5/2016

Share on Myspace