2 projek terbaru LRA mampu penuhi permintaan air

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan dua Loji Rawatan Air (LRA) di Semenyih 2 dan Labohan Dagang bakal membantu menambah kapasiti air mentah kerana peningkatan permintaan lebih tiga peratus setiap tahun di Lembah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata setiap LRA baru ini mampu membekalkan air pada kapasiti 100 juta liter sehari, lapor Selangor Kini.

“Penganugerahan tander bagi LRA Semenyih 2 sudah dibuat dan (pemaju) akan mula masuk tapak bagi memulakan pembinaan.

LRA air“Kita rasa bersyukur projek ini berjalan mengikut jadual dan ia dijangka siap sepenuhnya pada 19 Disember 2017,” katanya selepas melawat Stesen Pam Air Jenderam Hilir, Dengkil.

Beliau berkata, meskipun Selangor mempunyai kapasiti air baik namun pembinaan dua LRA menerusi inisiatif kerajaan negeri bagi memenuhi permintaan pengguna terutama ketika berdepan ketidaktentuan cuaca semasa.

LRA Semenyih 2 yang bakal dibina dengan kos RM200 juta bagi memenuhi permintaan pengguna di sekitar Kuala Langat sementara LRA Labohan Dagang dibina sekitar RM500 juta untuk pengguna di Kuala Langat.

“Permintaan air kita semakin tinggi dengan adanya ia mampu menampung meningkatkan rizab air terawat tanpa terlalu bergantung kepada LRA Langat 2 yang kita masih menanti operasinya,” katanya.

Projek LRA Labohan Dagang dalam proses tender dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2018.

Share on Myspace