Mitigasi banjir di bandar Kajang

HARAKAHDAILY | .

KEJADIAN banjir kilat telah berlaku di Pekan Kajang pada 7, 8 dan 11 Mei 2016 baru-baru ini di Pasar Kajang dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun kawasan sekitar Sungai Jeluh yang telah dilebarkan tidak mengalami banjir khususnya kawasan Metro Kajang dan sekitarnya.

Antara punca banjir adalah di sebabkan:
i. Hujan turun dengan kadar luar biasa iaitu 128 mm pada 7 Mei 2016, 88 mm pada 8 Mei 2016 dan 111 mm pada 11 Mei 2016, sebelum ini dengan kelebatan 60 mm sahaja sudah menyebabkan banjir di Bandar Kajang tetapi tidak lagi sekarang setelah pelebaran Sungai Jeluh.
ii. Projek pelebaran sungai Jeluh belum siap sepenuhnya iaitu 85 peratus dengan berbaki 100 meter masih belum siap iaitu kawasan Pasar Kajang yang mengalami banjir.
iii. Punca utama banjir kali ini disebabkan oleh Jambatan Jalan Bukit yang rendah dengan kabel utiliti termasuk paip air yang merentasi sungai di bawah jambatan ini. Juga laluan pejalan kaki di sebelah jambatan ini yang telah mendap disebabkan hakisan sungai di bawah jambatan.

Kerajaan Negeri Selangor yakin akan dapat menyelesaikan permasalahan banjir di Bandar Kajang berasaskan kepada tindakan yang telah dan akan diambil seperti berikut:
i. Projek Pelebaran Sungai Jeluh dari 8 meter kepada 12 meter dan meningkatkan ketinggian Flood Wall sebanyak 1.5 meter dengan kos projek sebanyak RM4.9 juta akan siap dalam masa 3 bulan lagi.
ii. Jambatan Jalan Bukit akan di naikkan Soffit Level selaras dengan ketinggian Flood Wall dengan kadar segera. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi RMK11 untuk menaiktaraf jambatan di sepanjang Sungai Jeluh. Tempoh masa pembangunan untuk menaik taraf jambatan ini adalah selama 6 bulan.

Kerajaan Negeri Selangor amat komitted dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

ZAIDY ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 17/5/2016

Share on Myspace