Apa makna hidup jika tidak ada ketenangan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ramai manusia yang kaya tetapi tidak beramal soleh, ditimpa dengan penyakit keresahan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, beliau berkata apa makna hidup, jika tidak ada ketenangan dan kedamaian.

"Carilah kedamaian dengan merapatkan diri dengan Allah dan berbakti kepada agamaNya. Inilah nikmat yang tinggi nilainya," ujarnya menerusi laman sosial facebook.

Sehubungan itu, katanya apabila orang mukmin ditimpa musibah ia adalah satu ujian untuk kaffarah dosa yang kita lakukan.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, manakala orang tidak beriman ia merupakan muqaddimah azab sebelum azab di akhirat.

"Oleh itu, janganlah kita kecewa setiap musibah yang melanda diri kita kerana ia merupakan peringatan untuk kembali ke jalan Allah SWT," katanya. - HARAKAHDAILY 17/5/2016

Share on Myspace