Polis Turki waspada amaran serangan ISIS 19 Mei

HARAKAHDAILY | .

Polis Turki semalam menghantar notis kepada 81 jabatan polis daerah berkaitan amaran kemungkinan ada serangan pengganas yang dilakukan ISIS pada hari Khamis, 19 Mei ini.

Pemberitahuan rahsia itu meminta agar semua langkah yang diperlukan harus diambil terhadap kemungkinan serangan terhadap sasaran-sasaran tentera dan polis pada cuti umum ini, sumber polis berkata, yang berbicara dengan syarat tanpa nama kerana sekatan bercakap kepada media.

Langkah-langkah keselamatan yang diguna pakai untuk upacara 19 Mei perlu diperketatkan dan langkah-langkah tambahan perlu diambil, kata notis itu, lapor Anadolu Agency.

Polis Turki mendakwa bahawa kumpulan ISIS melihat tentera dan polis Turki sebagai "kafir" sehingga menganggap berperang melawan dan membunuh mereka dibenarkan.

Tarikh 19 Mei adalah tanda awal Perang Kemerdekaan Turki dan munculnya Turki moden, yang dirayakan melalui upacara rasmi di seluruh negeri.

19 Mei 1919 adalah hari di mana Mustafa Kamal, pengasas Republik Turki yang kemudian menjadi 'Mustafa Kamal Ataturk,' tiba di bandar Laut Hitam Samsun dari Istanbul untuk mengatur perang yang mengakhiri sisa-sisa Empayar Uthmaniyyah berubah menjadi Turki moden empat tahun kemudian. [Islampos]

Share on Myspace