Pemuda PAS Selangor usaha cipta kejutan PRK Sg Besar

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa kami sentiasa bersedia dalam memimpin jentera pemuda PAS Negeri Selangor untuk menghadapi Pilihan raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar yang akan diadakan dalam bulan Ramadhan nanti.

Pemuda PAS Selangor akan terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk membantu membuat kejutan bagi memenangi kerusi P.093 Sungai Besar.

Dalam PRK P.093 akan datang ini, Pemuda PAS Selangor telah mengadakan mesyuarat khas dan menyediakan perancangan yang terbaik serta akan melancarkan jentera di Sungai Besar dalam tempoh yang terdekat. Melibatkan pimpinan  dan keahlian dari 22 Pemuda PAS kawasan, kami yakin akan dapat menggempur PRK kali ini dengan semangat juang yang tinggi untuk menjulang Islam sebagai tunjang perjuangan PAS.

Saya menyeru seluruh anak muda PAS dan jentera Pemuda PAS Selangor untuk sentiasa bersiap siaga dengan jiwa islam dan juga merancang sebaik-baiknya bagi memastikan bahawa bumi Sungai Besar subur sebagai bumi yang akan membuktikan kejayaan dakwah politik PAS.

Saya juga menyeru agar para pemuda PAS Negeri Selangor tidak melupakan hubungan yang paling ampuh dengan Allah SWT bagi memohon kemenangan kepada PAS bagi membawa Islam Rahmat Untuk Semua.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ HANAFI ZULKIFLI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Selasa, 17 Mei 2016 | 10 Syaaban 1437 - HARAKAHDAILY 17/5/2016

Share on Myspace