Perkukuh industri halal melalui AEC

HARAKAHDAILY | .

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kemudahan fasiliti dalam industri halal merangkumi aspek pembangunan usahawan, penyediaan logistik, catatan data dagangan dan pembangunan inovasi.

Pelancaran Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada penghujung tahun lalu merupakan medan terbaik bagi memperkukuhkan lagi dagangan produk halal negara.

Asean mempunyai 300 juta umat Islam selain Singapura dan Indonesia adalah antara rakan dagang halal terbesar dengan masing-masing mengimport RM3.6 bilion dan RM2.3 bilion.

PAS menggesa kerajaan agar merangka langkah strategik bagi meningkatkan potensi Malaysia bahkan Asean sebagai pintu masuk hub halal dunia.

Ini melihat kepada perkembangan industri halal negara yang semakin mendapat tempat dalam pasaran.

PAS yakin perkembangan dagangan halal melalui Asean bukan sahaja menjadikan rantau ini sebagai destanasi halal dunia, malah Malaysia akan seterusnya diangkat sebagai model terbaik pengurusan industri halal di dunia.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Mei 2016 | 11 Sya’ban 1437 - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Share on Myspace