Akademi Laut boleh jadi tempat latihan pelaut

HARAKAHDAILY | .

Saya mengambil kesempatan yang ringkas ini untuk menyokong pindaan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016.

Daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai pindaan ini, saya melihat bahawa kapal merupakan satu industri yang digabungkan dalam berbagai kemudahan ataupun bahan yang ada dalam kapal umpamanya chemical iaitu diesel kah, petrol kah.

Kemudian dari segi mekanikalnya dia juga ada enjinnya dan sebagainya dan begitu juga dari segi biological, biohazard dan sebagainya.

Jadi saya memikirkan bahawa apa yang hendak dicadangkan oleh Menteri dalam pindaan ini adalah memastikan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] kerana apa yang disebut oleh Menteri iaitu sebelum ini mungkin pekerja ataupun pelaut-pelaut ini tidak diberi pendedahan yang baik kepada pekerja kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana akta. Jadi umpamanya dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang perlu diberi latihan, penyeliaan berkenaan dengan keselamatan dan risiko kepada kesihatan.

Kedua, insiden-insiden penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian yang berbahaya.

Ketiga, mengenal pasti supaya majikan ataupun tauke kapal berkenaan mematuhi perundangan iaitu Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan 1994. Kelima, memastikan bahawa majikan menyediakan atau mempromosi Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan, prosedur kerja, peraturan-peraturan dan garis panduan-garis panduan mengenai keselamatan.

Jadi, cuma persoalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah oleh kerana akta ini di awasi oleh DOSH adakah majikan perkapalan ini – maknanya boleh dikawal dengan akta ini. Dalam lain perkataan, adakah DOSH boleh mengawal syarikat perkapalan ini? Itu persoalan yang berlegar dalam pemikiran saya.

Kedua, oleh kerana kita ada sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pasir Gudang tadi. Kita ada Akademi Laut dan sepatutnya Akademi Laut boleh menjadi tempat untuk latihan pelaut-pelaut ini sebelum mereka ditawarkan bekerja ataupun on service training kepada yang belum mendapat latihan, maka dia dikeluarkan daripada syarikat perkapalan untuk diberi latihan mengenai keselamatan dan kesihatan ini.

Apabila sudah faham dan mahir, maka mereka kembali bertugas. Jadi, saya rasa itu boleh kalaulah daripada awal tadi DOSH boleh mengawal mereka, maka kita harap boleh mengawal syarikat perkapalan ini, maka kita berharap pelaksanaan perubahan ataupun pindaan dalam ordinan ini boleh kita laksanakan.

Terakhir, saya juga ingin mendapat penjelasan, adakah Akta Pekerjaan atau Employment Act juga boleh dikenakan ataupun diberi kepada syarikat perkapalan ini?

Oleh kerana itu yang saya katakan tadi saya rasa Yang Berhormat Pasir Gudang pun tidak faham, saya pun kurang jelas, tadi Yang Berhormat Kuala Langat pun sama untuk, adakah kita maknanya sama ada Kementerian Sumber Manusia melalui DOSH ataupun Employment Act ini boleh kita kenakan kepada syarikat perkapalan ini.

Jadi, kalau boleh, maknanya kita banyaklah perkara-perkara yang sudah pun peraturan yang sedia ada, kita laksanakan sahaja kepada pelaut-pelaut yang bertugas di dalam syarikat perkapalan ini. - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Artikel di atas adalah ucapan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat ketika membahaskan Undang-Undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 17 Mei 2016.

Share on Myspace