Pahang perlu bertindak segera isu alam sekitar

BASIRON ABDUL WAHAB | .

KUANTAN: Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu menggesa kerajaan negeri bertindak segera dalam isu alam sekitar.

Ini, katanya selaras dengan teguran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam titahnya ketika perasmian sidang dewan undangan negeri (Dun), kelmarin.
 
Menurut Andansura, titah baginda menyentuh soal alam sekitar supaya dipelihara dengan baik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
 
“Ini sangat penting untuk diambil tindakan segera oleh kerajaan negeri memandangkan isu alam sekitar negeri Pahang yang belum diselesaikan. Isu bauksit contohnya masih belum ada SOP seperti yang dijanjikan.
.
“Begitu juga langkah-laangkah untuk memulihkan hutan-hutan yang telah ditebang tanpa dipulihara dengan berkesan,” katanya.
 
Katanya lagi, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan negeri terhadap semua aktiviti perlombongan dan pembalakan sama ada yang tidak berlesen (haram) mahupun yang berlesen.
 
“Ini untuk mempastikan kejadian sungai yang keruh dan cetek, sumber air yg tercemar dan  udara yang juga tercemar dapat dielakkan daripada berterusan berlaku.
 
“Penduduk di kawasan terlibat sudah merasa tersiksa dengan pencemarah udara, air dan sebagainya,” kata beliau yang juga Adun Beserah. - HARAKAHDAILY 18/5/2016

Share on Myspace