Sesi sekolah Yik kekal bermula 8 pagi

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Sesi persekolahan Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang bermula jam 8 pagi awal Januari lalu akan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perubahan sesi persekolahan itu mendapat sambutan baik pelajar dan ibu bapa.

Katanya, pada awalnya Yik menetapkan waktu persekolahan bermula jam 8 pagi hanya sehingga Jun, namun hasil penerimaan baik semua pihak menyebabkan Yik melanjutkan kepada akhir tahun.

Sesi persekolahan sekolah-sekolah agama di bawah Yik bermula jam 8 pagi memandangkan waktu Subuh pada awal tahun agak lewat.

“Keputusan itu diambil berikutan mendapat maklumat begitu memberangsangkan dan hasil kajian dibuat Yik,” katanya. - HARAKAHDAILY 19/5/2016

Share on Myspace