Orang cerdik sentiasa fikir akibat perbuatannya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang yang paling rugi ialah mereka yang menghabiskan usia dan harta kepada perkara yang tidak berfaedah, tanpa memikirkan apa yang mereka lakukan akan diperhitung di hadapan Allah SWT.

"Orang yang cerdik sentiasa memikirkan satu akibat yang akan diterima hasil daripada perbuatannya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, tidak ada makna kita mengalir air mata ketika kita terlantar di atas katil.

Ini, ujarnya kerana kita tidak dapat menyumbang kepada perjuangan Islam, sedangkan waktu kita cergas kita tidak menyumbang apa-apa untuk perjuangan Islam.

"Masa sudah terlambat. Ia hanya boleh menjadi iktibar kepada yang masih sihat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/5/2016

Share on Myspace