Negara Palestin syarat utama jika zionis ingin berdamai

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) menekankan bahawa pengakuan dan pendirian negara Palestin adalah salah satu syarat utama yang perlu dipenuhi zionis Israel jika mereka ingin berdamai dengan puak pejuang.

Kenyataan ini dikatakan Setiausaha Dewan Penasihat Hamas, Mohammed Hourani, pada Selasa (17 Mei) malam, memberi respons kepada usaha perdamaian Palestin-Zionis Israel yang diterajui presiden kudeta Mesir, Abdel Fattah Sisi.

"Kami semua menyambut baik inisiatif Mesir dalam menyelesaikan krisis Palestin. Kami tidak akan meminta jaminan dari Mesir atas kejayaan usaha perdamaian, dan hanya akan meminta pihak ketiga untuk mengawasi hasil rundingan ini," ujar Mohammed Hourani dalam wawancaranya di stesen televisyen CBC.

Beliau selanjutnya berkata, "Undangan Presiden al-Sisi agar kami datang ke Zionis Israel sangat bergantung pada pendirian negara Palestin menamatkan konflik dan membawa perdamaian".

Keinginan Mesir untuk menjadi pengantara penyelesaian konflik Palestin-Zionis Israel dikatakan presiden rampasan kuasa Abdel Fattah al-Sisi dalam pembukaan projek negara di wilayah Assiut pada awal minggu ini, dan terus disambut oleh PM Benjamin Netanyahu selang beberapa jam kemudian.

Dalam keterangannya, Netanyahu menekankan bahawa pihaknya bersedia melakukan usaha apapun untuk membayar keamanan dan keselamatan antara warga Yahudi dengan penduduk Palestin pada masa mendatang. (Eramuslim)

Share on Myspace