Tidak gadai prinsip hidup kerana habuan dunia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Akhir zaman berpegang dengan ajaran Islam seperti memegang bara api, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Mereka yang yakin dengan Islam sahaja yang sanggup berbuat demikian," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, kata beliau benarlah syurga itu mahal.

"Beruntunglah mereka yang mampu berpegang dengan Islam tanpa menggadai prinsip hidup kerana habuan dunia.

"Sihat pun nikmat, kaya pun nikmat. Beruntunglah orang yang mendapat kedua-duanya," ujar beliau lagi.

Menurutnya, hanya insan terpilih sahaja yang akan mendapat kedua-dua nikmat ini.

"Jika kita mendapat kedua-dua nikmat ini, maka manfaatlah dengan baik kerana bukan semua orang mendapat anugerah ini," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. - HARAKAHDAILY 21/5/2016

Share on Myspace