Hendak lawan PAS biar nafas panjang

USTAZ IDRIS AHMAD | .

DULU kita marah kepada pemimpin Umno yang marah pada kakitangan kerajaan yang tidak sokong Umno. Mereka kata kakitangan ini lawan kerajaan. Pada hal kita lawan parti bukan lawan kerajaan.

Erti Lawan kerajaan ialah tidk laksanakan polisi kerajaan. Jadi guru tidak masuk kelas. Jadi pegawai tidak masuk pejabat. Ini baru lawan kerajaan. Berapa ramai orang PAS yang dapat khidmat cemerlang walaupun aktif PAS. Ini bukti orang PAS bukan lawan kerajaan.

Tiba-orang hari ini ada pula manusia yang tiru perangai segelintir pemimpin Umno tidak tahu beza antara program parti dengan program kerajaan.

Majlis Perundingan Islam yang melibatkan tokoh agama daripada PAS dan pertubuhan dakwah yang lain telah dituduh PAS membantu Umno. Kenapa tidak tuduh pula mereka yang terlibat PAC di Parlimen dan DUN ini membantu Umno. Kesian ya. Mungkin mereka ini kecil hati kerana tidak pilih mereka agaknya.

Carilah hujah lain untuk lawan PAS. Hendak lawan PAS biar nafas panjang.

Pemerhatian saya banyak yang tersungkur di kaki Umno bila tidak mampu hendak lawan PAS. PAS tidak bimbang jatuh bangun dalam perjuangan.

Bagi mereka yg menghayati perjuangan dan faham fitrah perjuangan akan tenggelam dan timbul dengan bahtera perjuangan Islam. Mereka yang tidak sabar akan terjun daripada bahtera perjuangan. Terpulanglah, kita tidak boleh paksa orang mengikut perjuangan kita. Perjuangan kita untuk persediaan mati. – HARAKAHDAILY 24/5/2016

Share on Myspace