Sila datang kalau hendak tahu siapa calon PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Sila datang kalau hendak tahu siapa calon Kuala Kangsar. Pastinya dia ahli PAS," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengumumkan calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang pada Majlis Pengisytiharan Calon P.067 Kuala kangsar yang diadakan di Markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan pada 27 Mei (Jumaat), jam 9.00 malam.

Menerusi tulisan dalam facebook, ujarnya selain beliau turut berceramah pada malam itu ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Raja Iskandar al-Hiss.

Semalam juga, jelasnya diadakan majlis pelancaran gerak kerja petugas PRK Kuala Kangsar peringkat PAS Kawasan Bukit Gantang.

Di samping itu, katanya Pemuda PAS Bukit Gantang turut melakukan operasi tebang buluh bendera sebanyak 1,000 batang.

"Tahniah semua. Semoga amal diterima Allah SWT," ujarnya selaku Pengarah PRK Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong kerana penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun. - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Share on Myspace