Manusia jahat tidak boleh berlakon baik

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Manusia jahat tidak boleh berlakon baik jika sememangnya dia orang jahat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata, perangai buruknya akan terserlah juga akhirnya, hanya waktu dan ketika sahaja yang akan menentukan.

Oleh itu, ujarnya tingkah laku seorang yang jahat tidak dapat berlindung lama di sebalik lakonannya.

Justeru, beliau melahirkan rasa malu kepada orang yang tawaduk, walaupun ada kedudukan.

"Saya malu dengan orang yang tidak bercakap banyak, tetapi rajin bekerja.

"Saya cukup malu dengan orang yang kota apa yang dia cakap," katanya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga malu dengan orang kaya tetapi tidak sombong.

Beliau turut malu dengan orang miskin, tetapi istiqamah dengan kerja Islam.

"Saya malu dengan orang yang berilmu tetapi tidak angkuh," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Share on Myspace