Hiasi awal Ramadhan dengan infaq di jalan Allah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jentera PAS sudah pun bergerak memulakan tugas di medan juang, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar kini menjadi medan utama memperkukuhkan dan memperjelaskan Islam sebagai alternatif dan penyelesaian terbaik untuk politik dan pemerintahan di negara kita tercinta.

"Dakwah dan jihad politik adalah tugas PAS dan tugas kita semua.

"Jom hiasi sambutan awal Ramadhan kita dengan infaq fi sabilillah," ujarnya menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berharap semoga bantuan kewangan anda semua akan memudahkan kerja-kerja jentera PAS bertugas di sana.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun. - HARAKAHDAILY 25/5/2016

Share on Myspace