Pembangkang lain sengaja beri ‘nyawa’ kepada BN

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Parti-parti pembangkang lain yang berminat bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dianggap sengaja memberi ‘nyawa’ pada BN.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya mereka tidak berhasrat sedemikian, parti pembangkang lain tidak wajar berebut kerusi tradisi PAS.

“Parti lain yang juga minat bertanding bermakna mereka tak serius untuk tumbangkan BN, tetapi sengaja mahu serang dan tekan PAS,” ujarnya di sini.

Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi hari ini dilaporkan memberitahu parti itu mengesahkan akan meletak calon di Kuala Kangsar.

Bagaimanpun Prof Dr Teo Kok Seong menyifatkan kehadiran PAN pada PRK tersebut merugikan parti itu sendiri kerana berlaku perpecahan undi.

Mohd Amar juga berkata, PAS terpaksa berhadapan dengan mana-mana parti yang akan bertanding pada PRK terbabit termasuk PAN.

“PAS tidak tercabar, walau siapapun bertanding, kami tetap akan lawan,” katanya. - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Share on Myspace