Pindaan Akta 355: MP Marang berjaya bentang

HARAKAHDAILY | .

Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Rang Undang-Undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah berjaya dibentang oleh YB Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di parlimen hari ini atas usul 412 daripada YB menteri.

Meskipun terdapat bantahan keras daripada ahli-ahli parlimen DAP yang cuba menghalang usul pindaan ini dibentang, namun keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Perbahasan bagi menyempurnakan bacaan kali pertama ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Persidangan akan datang yang terdekat bagi penggal keempat ini ialah mesyuarat ketiga yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober 2016 akan datang.

Alhamdulillah, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan perjuangan ini.

Allahu Akbar

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat / Ahli Parlimen Temerloh - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Share on Myspace