Sokong Presiden PAS bentang RUU Mahkamah Syariah

HARAKAHDAILY | .

MENYOKONG PENUH PRESIDEN PAS MEMBENTANGKAN RUU MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG  KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016 DI PARLIMEN

Ahli Parlimen Marang, YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah membentang di parlimen pada sidang kali ini, RUU bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

ASATIZAH menyokong penuh usaha murni Presiden PAS dalam memperkasakan mahkamah syariah serta menyeru seluruh Ahli Parlimen Islam menyokong usaha ini.

Amat mengecewakam apabila ada dari kalangan umat Islam membangkang kewajiban besar pada ummah ini. Ahli parlimen bukan Islam digesa agar tidak campur tangan dalam perkara yang berkaitan tentang kemuliaan Islam sebagaimana kami menghormati agama kalian.

Seluruh rakyat beragama Islam digesa agar menyampaikan suara gesaan anda pada ahli parlimen di tempat masing-masing. Berdoalah agar usaha ini diberikan kejayaan. Sudah masanya umat Islam bersatu mempertahankan agama dan mengukuhkan kedudukannya di Malaysia.

MOHD IKRAM AHMAD BADARDDIN
Presiden Pertubuhan Rabithah Asatizah Ummah (ASATIZAH)

Share on Myspace