Sungai Besar, Kuala Kangsar melambai para amilin

USTAZ ROSLI ABD JABAR | .

SUNGAI Besar dan Kuala Kangsar telah melambai-lambai para amilin seluruh negara. Sebahagian para amilin telah pun bersiap sedia dari sudut jentera, logistik dan duit. Bagi para amilin PAS, panggilan PRK bukan panggilan biasa-biasa atau panggilan makhluk tetapi ia adalah arahan dari Allah SWT supaya menolong agama-Nya.

Inilah yang ditarbiyyah kepada amilin PAS, meyakini bahawa apa jua urusan kehidupan kita di dunia pasti dibalasi diAkhirat, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada urusan kehidupan dunia yang paling besar. Tiada sesuatupun akan tersia dan tersisa melainkan semua dihisab untuk diberikan balasan.

Dah ramai yang hubungi nak menumpang sama, hingga yang tua semput-semput pun nak ikut, tak bagi pergi pun dia nak pergi juga "tak dapat tolong banyak, tolong sikit, mudah-mudahan yang sedikit inilah yang diterima Allah," gitulah kata seorang ahli PAS dikawasan saya yang telah berusia 76 tahun.

Rumah penginapan dan kenderaan semua dah sedia, ramai yang bagi sumbangan dan infaqkan kenderaan sepanjang PRK. Yang pergi infaqkan tenaga yang tak kesempatan infaqkan harta, yang kaya bagi banyak yang miskin bagi apa yang ada, begitulah semangatnya para ahli dan penyokong PAS.

Mereka tahu ini pilihan raya, tidak semestinya akan menang walaupun mereka berharap begitu, tetapi mereka bagi juga sumbangan kerana mereka yakin bahawa membantu agama Allah pasti akan mendapat balasan baik disisi Allah sama ada menang atau kalah pilihan raya.

Atas sebab itulah PAS terus berada di persada politik Malaysia, dengan tujuan untuk menyampaikan Islam kepada rakyat, pentas politik adalah terbesar untuk menyebarkan dakwah dan perlaksanaan Islam secara keseluruhannya bukan sahaja kepada amalan Fardhiyyah malahan hingga kepada pemerintahan negara.

PAS ketepikan persepsi, meskipun telah bergunung fitnah yang dilontarkan sejak dulu, apatah lagi pada zaman fitnah ini. PAS berjuang bukan kerana persepsi tetapi kerana hendak menegakkan hukum Allah.

Maka setiap tindak tanduk PAS berdasarkan kepada al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias, bukan persepsi, lontaran persepsi buruk terhadap PAS hanya dianggap sebagai mehnah dalam perjuangan, yang tak perlu dilayan. – HARAKAHDAILY 27/5/2016

Share on Myspace