10,000 tunggu janji BN bina jambatan Seberang Manong

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Walaupun kawasan Parlimen Kuala Kangsar sebelum ini mempunyai wakil rakyat berjawatan menteri kanan, namun hasrat rakyat di kawasan Manong mahukan jambatan masib belum menjadi kenyataan.

Lebih 10,000 orang penduduk sehingga kini, terpaksa ‘menghadapi risiko’ menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak.

Penduduk setempat yang ditemui berkata, isu jambatan tersebut merupakan isu utama bagi penduduk Seberang Manong.

“Isu utama Seberang Manong ini ialah isu jambatan. Saya ingat dah lima penggal Rafidah Aziz pegang di sini dah berjanji untuk menghubungkan Seberang Manong ke pekan Manong.

“Dan kemudian arwah Wan Khair-il pun ada berjanji dalam PRU13 nak bina jambatan tu, tapi sampai sekarang tiada lagi wujud jambatan tu,” ujar Mohd Afdillah, 32, dipetik Buletin Online.

Katanya, dia sudah mendengar ‘cakap-cakap’ kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membina jambatan itu sejak zaman kanak-kanak lagi tetapi sehingga kini ‘tiang jambatan’ pun tidak kelihatan.

“Saya dengar orang dulu kata hampir 60 tahun dah jambatan tu nak dibina, tapi tidak dibina lagi," katanya lagi.

Share on Myspace