Dr Najihatussalehah pilihan terbaik buat rakyat

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menerima dan menyokong keputusan PAS Pusat yang meletakkan Ketua Dewan Muslimat Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon PRK P.067 Parlimen Kuala Kangsar.

Dr Najihatussalehah merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak dan mendapat tarbiyah langsung dari ayahanda beliau Allahyarham Ustaz Ahmad Mat Isa, yang merupakan anak didik kepada Almarhum Ustaz Abu Bakar al-Bakir.

Beliau merupakan lepasan Sarjana Muda Perubatan, Universiti Malaya yang sangat aktif dalam kepimpinan bermula dari zaman sekolah sehingga menyambung pelajaran di Universiti. Malahan beliau turut aktif dalam penglibatan bersama NGO di Perak.

Penglibatan beliau dalam pentas politik PAS di Perak cukup diketahui umum.

Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak bermula 2011, juga memegang taklifan Ketua Dewan Muslimat PAS Parit sejak dari tahun 2003. Malahan beliau kini merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah melancarkan Jentera Pemuda PAS Perak. Kami menyatakan kesediaan dan kesungguhan untuk menggempur Parlimen Kuala Kangsar bagi memenangkan calon PAS.

"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Mohd Akmah Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 27/5/2016

Share on Myspace