Jabatan Amal Sungai Petani baiki rumah mangsa ribut

MUHAMMAD NURUDDIN | .

SUNGAI PETANI: Berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan Sungai Petani minggu lalu, sekitar enam buah rumah di Simpor mengalami kerosakan bumbung dan siling.

Kelmarin sebuah rumah milik Fitri Ahmad, 35, di Simpor berjaya dibaiki bumbungnya selepas projek bermula sejak jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Jabatan Amal Sungai Petani yang diketuai oleh saudara Khairul Nizal Othman  telah mengerahkan ahli-ahli untuk menyumbang tenaga membaiki selain terus mencari dana untuk menyelesaikan beberapa rumah lagi.

Selain Khairul, operasi mendapatkan dana diterajui oleh Muhammad Izwan Ismail.

“Berdasarkan makluman yang kami terima sekitar enam buah rumah terjejas dan kami baru memulakan projek membaiki bumbung untuk rumah pertama.

"Selain itu serentak dengan projek kelmarin beberapa ahli diminta untuk membersih jalan, memotong dahan pokok yang tumbang," jelasnya selaku penasihat Jabatan Amal Sungai Petani.

Menurut Izwan, dimaklumlakn sekitar 130 kerosakan akibat ribut telah dibuat laporan polis di Balai Polis Kota Kuala Muda, namun 6 kes yang akan diberi penumpuan awal oleh Jabatan amal memandangkan kekangan dana dan tenaga sukarela.

“Jabatan Amal adalah badan sukarela amal dan kami akan sedaya upaya membantu masyarakat selain bantuan-bantuan NGO atau kerajaan yang lain demi meringankan beban rakyat,” ujarnya.

Sebarang dana untuk bantuan diminta hubungi Muhammad Izwan Ismail di talian 017-5714916. - HARAKAHDAILY 29/5/2016

Share on Myspace