40,000 keluarga Syria lari dari serangan ISIS di Aleppo

HARAKAHDAILY | .

SERANGAN kumpulan ISIS di daerah Azaz Aleppo telah memaksa 40,000 keluarga meninggalkan rumah mereka, kata seorang pegawai bantuan kemanusiaan.

Ahmed Khatib, seorang pegawai di IHH Humanitarian Relief Foundation, semalam kem al-Hilal yang sudah penuh, sementara setengah daripada pelarian di kem Sijju telah meninggalkan kem.  

"Pelarian di daerah ini pada mulanya melarikan diri dari serangan ISIS yang menyerang satu setengah bulan yang lalu di kem al-Haramain Aleppo timur," kata Khatib.

"Sejak serangan intensif, setengah dari pelarian di kem Sijju harus melarikan diri dari penembakan rawak kumpulan ISIS," lapor Anadolu Agency.

Khatib menambah bahawa selepas ISIS menguasai Kafr Kalbin dan desa Jibrin, daerah Mari telah dikepung oleh ISIS dan kumpulan pelampau PYD.

ISIS menguasai sejumlah desa di timur dan selatan Azaz dan berjaya memotong laluan bekalan ke daerah Mari dan daerah lain yang tetap berada di bawah kawalan pejuang pembangkang di luar bandar bahagian utara Aleppo. [Islampos]

Share on Myspace