Muktamar: Adakah talahuf siyasi dengan PKR dibincang?

ANIS NAZRI | .

BIARPUN isu tahaluf siyasi mungkin dibawa ke Muktamar Tahunan PAS ke-62 pada 2 hingga 3 Jun ini, isu berkaitan blok ketiga pembangkang yang dilancarkan PAS sebelum ini dilihat lebih menjadi agenda utama yang perlu diperhalusi setiap perwakilan dan pimpinan PAS agar ia benar-benar menjadi satu mekanisme untuk berhadapan dengan BN. Bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, wartawan ANIS NAZRI mengupas intipati dan topik yang akan diperkatakan di muktamar akan datang.

HARAKAH: Difahamkan muktamar kali ini mungkin merupakan muktamar terakhir sebelum PRU ke-14. Ini kerana terdapat andaiaan PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, adakah muktamar kali ini merupakan platform untuk menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras untuk PRU akan datang?

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Pada pandangan saya, muktamar kali ini bukan muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU). Tetapi muktamar kali ini lebih kepada suntikan semangat bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK).  

Ini kerana soal PRU ini bergantung kepada suasana politik hari ini dan saya jangkakan ia mungkin berlaku pada 2018. Justeru, bagi muktamar kali ini, PAS melihat agenda besar yang perlu dibawa ialah PRK bagi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Adakah isu berkaitan tahaluf siyasi bersama PKR akan dibincangkan pada muktamar kali ini?

Bagi pandangan saya, akan ada perwakilan yang akan menyentuh soal tahaluf siyasi ini. Namun bagi saya soal tahaluf siyasi ini akan kekal sebagaimana yang diputuskan pada muktamar dahulu. - HARAKAHDAILY 29/5/2016

WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2152 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Share on Myspace