Apa intipati penting pada Muktamar PAS ke-62?

NYZA AYOB | .

APAKAH Muktamar Tahunan PAS Ke-62 ini merupakan platform untuk menyuntik semangat ahli-ahli PAS untuk bersiap sedia menghadapi PRU14? Apakah intipati penting yang akan diketengahkan PAS dalam muktamar ini? Bagi menjawab persoalan ini, Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Penolong Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Pengarah Muktamar Tahunan PAS Ke-62, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

HARAKAH: Difahamkan muktamar kali ini merupakan muktamar terakhir sebelum PRU ke-14. Ini kerana terdapat andaiaan PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, adakah muktamar kali ini merupakan platform untuk menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras untuk PRU akan datang serta kesediaan PAS menghadapi PRU14 awal?

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL: Tempoh tiga tahun telah berlalu sejak PRU ke-13 pada 2013 dan muktamar kali ini sudah semestinya sangat perlu untuk meningkatkan semangat dan keazaman ahli PAS bagi menghadapi PRU14.

Adalah sangat sesuai waktunya sekiranya muktamar kali ini dijadikan platform menyuntik semangat ahli untuk bersiap menghadapi PRU14. Namun pandangan saya pemfokusan terhadap memperkasa organisasi dan gerakerja secara keseluruhan lebih diutamakan dan ia akan membantu jentera PAS di semua peringkat bagi menghadapi PRU14.

Semangat ahli PAS untuk menghadapi PRU14 telah pun kelihatan sejak PRN Sarawak baru-baru ini dan ia akan diteruskan dengan 2 PRK iaitu PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Apakah intipati penting yang akan diketengahkan PAS dalam muktamar ini?

Selain daripada mempertegaskan dasar perjuangan PAS, saya fikir muktamar pada kali ini akan memfokuskan kepada penterjemahan dan pendekatan baru PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang kini menjadi bualan dan pertanyaan dalam masyarakat.

Semuanya terarah kepada usaha PAS memperteguhkan kedudukan PAS sebagai jamaah Islam dan parti politik Islam yang terulung di Malaysia khususnya. - HARAKAHDAILY 29/5/2016

WAWANCARA PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2152 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Share on Myspace