Muktamar: Orang ramai boleh kunjungi 145 gerai

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Pemilik gerai jualan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62 mula beroperasi sejak awal pagi semalam.

Gerai-gerai yang berharga antara RM1,000 hingga RM2,300 itu telah penuh ditempah orang ramai sebaik sahaja dibuka dalam tempoh hampir dua minggu bermula Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Gerai Karnival Fastaqim 2016, Ruzley Abdullah berkata, sebanyak 145 gerai disediakan untuk jualan pelbagai produk.

Katanya, antara barangan yang disediakan untuk jualan pakaian, makanan, gerai minuman dan sebagainya.

Pada masa yang sama, katanya gerai pameran yang membabitkan agensi-agensi kerajaan negeri, swasta dan NGO juga turut disediakan.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai di Putik sama ada sebagai pemerhati atau hanya untuk membeli-belah.

Katanya, bermula semalam pertunjukan kebudayaan TMK bermula jam 5.00 petang.

Selain itu, ujarnya program Wacana Tribute Untuk Tok Guru turut diadakan pada 2 Jun pada jam 9.00 malam dengan panel jemputan khas terdiri daripada Pak Subky Latif, Abby Abadi, Bob Lokman dan Mustapha Kamal. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Share on Myspace