Posisikan ulama PAS dalam masyarakat

HARAKAHDAILY | .

PASIR PUTEH: PAS ada ramai alim ulama yang mahir dalam pelbagai bidang, yang mampu mendepani cabaran masa kini dengan keilmuan agama yang tinggi pada mereka.

Namun, perwakilan Dewan Ulamak Selangor, Ustaz Nik Bakri Nik Mat berkata, agak sedih kerana ahli PAS sendiri tidak menonjolkan para alim ulama PAS yang ada.

Lantas, kata beliau musibahnya adalah rujukan ulama yang tidak bersama jemaah itulah diterima, namun kian memeningkan masyarakat kerana apa yang dihukumkan tidak bersandarkan kepada hukum yang diukur melalui keadaan politik semasa.

Tambahnya, sebagai ahli PAS mestilah memposisikan tokoh ulama PAS dalam arus perdana masyarakat.

"Contohnya, kita ada tokoh ekonomi di dalam PAS seperti Ustaz Zaharudin Muhammad, kita ada tokoh hadis dan lain-lain lagi. Biar masyarakat nampak dan jelas posisi dan ketokohan ulama kita yang sudah pasti juga mampu menyelesaikan banyak isu-isu semasa masa kini," ujarnya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55, di sini.

Katanya lagi, kekalutan dalam pelbagai aspek hidup sudah pasti memerlukan ulama yang menjadi rujukan dalam membangunkan negara dan masyarakat.

Justeru, ujarnya maka sangat wajarlah ulama perlu memahami serta jelas bahawa penekanan ilmu itu sangat penting.

Share on Myspace