Penegak kebatilan jangan fikir boleh buat apa sahaja

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Golongan penegak kebatilan jangan fikir mereka boleh membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat menghapuskan kebenaran di atas muka bumi ini, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Perlu diingat pergerakan kamu akan diburu oleh pencinta kebenaran.

"Kami yakin kebenaran akan menang, kebatilan akan hancur," ujarnya menerusi laman sisoal facebook.

Justeru, tegasnya, pertarungan antara hak dan batil, keadilan dan kezaliman berterusan sehingga hari kiamat.

"Ia merupakan sunnah perjuangan para rasul yang terdahulu," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Tambahnya, mereka yang bercita-cita untuk meneruskan kerja para rasul sudah semestinya akan berhadapan dengan suasana itu. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Share on Myspace