Kita hebat kerana Islam serta penghayatannya

HARAKAHDAILY | .

PASIR PUTEH: "Kita hebat kerana Islam serta penghayatannya,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-55  di Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, dekat sini malam tadi.

Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan ulama yang beramal dengan ilmu yang diperolehi, bukan sekadar menulis atau mengajarkannya semata-mata.

“Kekuatan dan kehebatan seorang ulama adalah pada amalannya,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Syura Ulamak.

Sehubungan itu, Ustaz Idris menyeru para perwakilan dan pemerhati supaya terus bersabar dalam menyedarkan masyarakat Islam.

“Bukan senang untuk kita mengubah pemikiran rakyat. Kita diingatkan supaya bersabar dalam menyampaikan Islam, bukan senang.”

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, hasrat PAS untuk mewujudkan Dewan Ulamak Kawasan dengan kapasiti sekurang-kurangnya 50 orang ahli adalah untuk menguatkan peranan ulama di peringkat akar umbi.

Share on Myspace