Muktamar Tahunan PAS ke-62 bermula di Putik

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 membuka tirai pagi ini selepas setahun muktamar lepas yang menyaksikan segelintir pemimpin meninggalkan perjuangan sehingga menubuh parti serpihan.

Orang ramai memenuhi pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) sejak pagi lagi. Malah ada yang tidur di kawasan tersebut terutamanya peniaga.

Dewan besar Putik pagi ini diwarnai hijau apabila perwakilan berpakaian baju Melayu lengka samping, sedondong bertema hijau. Ada juga yang berjubah hijau. Ini suatu anjakan berlaku daripada aspek pemakaian muktamar tahun ini.

Manakala  bentara yang bertugas membantu perjalanan muktamar juga lengkap dengan berpakaian selendang seumpama pahlawan Melayu.

Dewan Putik hampir dipenuhi perwakilan. Dewan Himpunan Penyokong PAS pula diketuai Balasubramanian. Kelihatan juga tetamu asing dari luar negara.

Sekarang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi memeriksaan perbarisan pasukan Amal di pekarangan Putik. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Share on Myspace