Pemimpin Blok Ketiga meriahkan muktamar

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS ke-62 kali ini tetap meriah biarpun tidak kelihatan pemimpin besar pembangkang. Namun kehadiran pemimpin blok ketiga mencatat sejarah tersendiri.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) diketuai presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bersama pemimpin Ikatan pusat dan Ikatan Kelantan.

Turut kelihatan Timbalan Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ruslan Puteh, Presiden Teras Keupayaan Melayu (Teras) Azmi Abdul Hamid, wakil Perkasa dan Parti Cinta Malaysia dan wakil-wakil NGO.

Manakala tetamu luar negara termasuk Biro Politik Himas, Dr Khaled  Qadumi, Muslim Imran,  Dr Naji Al Sharhi, Mohammad al Dawood  dan Bilal Al Akhras dari Hamas.

Pertubuhan Forum Belia Antarabangsa Turki diwakili Yilmaz Balcin dan Necip Fazil Aksoy.

Selain itu Konsul Jeneral Diraja Thailand, Pitoon Songkaeo dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura, Rifi Rafiuddin Mohd Ridwan.

Selain itu wakil gerakan Islam Thailand, Akram dan wakil kedutaan Singapura.

Kelihatan juga veteran-veteran PAS termasuk bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Subky Abdul Latif dan isteri bekas Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Muktamar kali ini bermula perbarisan masuk pemimpin-pemimpin PAS utama diketuai Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memeriksa perbarisan Jabatan Amal di pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Acara perasmian kemudian dimulakan  dengan lagu Negaraku dan lagu PAS. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Share on Myspace