Sedondon hijau mewarnai Muktamar PAS ke-62

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Muktamar Tahunan PAS Kali ke-62 memasuki fasa baharu selepas fasa pergolakan dalaman berakhir sejurus selepas muktamar sesi lepas.

Muktamar kali ini membawa kelainan sedikit berbanding muktamar tahun-tahun sebelum ini.

Para perwakilan diarahkan untuk memakai pakaian berwarna serba hijau. Setiap kawasan diberi lima helai kain warna hijau yang masing-masing berukuran 4 meter untuk dibuat pakaian masing-masing.

Ini memberi satu suasana yang sangat meriah dan semangat kepada para perwakilan serta pemerhati, lebih-lebih lagi rata-rata mereka baru sahaja pulang dari berjuang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang berlangsung 7 Mei lalu.

Muktamar kali ini dilihat memberi satu pengalaman yang indah buat para perwakilan dan pemerhati, lebih-lebih lagi ia diadakan di negeri Serambi Mekah yang merupakan negeri yang ditadbir oleh PAS lebih daripada 20 tahun.

Muktamar kali ini diadakan dalam mood menjelang bulan Ramadan dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak yang PAS telahpun menamakan calon-calon untuk bertanding.

Share on Myspace