Perwakilan P Pinang bimbang tanah Melayu pupus

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Perwakilan Pulau Pinang, Yaakub Omar meluahkan rasa bimbang tanah kepunyaan orang Melayu di negeri itu kini semakin hari bertambah lupus.

Beliau berkata tanah orang Melayu di Pulau Pinang semakin hari semakin susut kerana pelbagai sebab termasuk kerana sikap orang Melayu sendiri yang mahu mendapat keuntungan mudah.

Katannya pada 2010 terdapat sebanyak  28 peratus tanah orang Melayu di Pulau Pinang, namun sekarang susut kepada 20.41 peratus.

“Paling teruk di Daerah Timur Laut sekarang hanya tinggal 1.16 peratus sahaja sedangkan di kawasan itu terdapat 5 parlimen. Cuba kita bayangkan bagaimana hendak kita mendapat pengaruh di kawasan itu. Di Balik Pulau pula tinggal 15.07 peratus.

“Paling luas di Seberang Perai Utara sebanyak 44.20 peratus. Apa sebabnnya kurang pemilikan tanah orang Melayu. Ini kerana orang Melayu mudah ditipu, dahulu terkenal dengan istilah Melayu mudah lupa,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, hari ini.

Beliau juga juga berkata orang Melayu juga ditipu peguam yang dilantik pemaju kerana kita  tiada pengetahun mengenai undang-undang tanah. - HARAKAHDAILY 2/6/2016

Share on Myspace