PAS Melaka sokong konsep ta’awun dan politik Islam

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Kemelut yang melanda umat Islam di negara masa kini kerana kegagalan menjadikan Islam sebagai keutamaan malahan Islam hanya dipandang sebagai alternatif dan sekadar pilihan kedua.

Demikian dinyatakan perwakilan PAS Melaka, Dr Md Khalid Kassim ketika membahaskan  ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-62, hari ini.

Beliau memberikan penekanan kepada pendidikan politik Islam ke arah membentuk masyarakat madani.

Sehubungan itu, katanya usaha untuk menyedarkan rakyat serta mendidik mereka dengan ajaran Islam yang adil serta syumul merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

 “If you give peanuts, you’ll get monkeys (jika anda berikan kacang, anda akan mendapat monyet-monyet),” ujar beliau memberi perumpamaan tentang kesan pendidikan Islam yang sebenar terhadap pembentukan masyarakat madani di negara ini.

Menyentuh mengenai konsep ta’awun dalam berpolitik, Adun Bukit Baru itu melihat bahawa mana-mana pihak yang membawa agenda positif dan baik, PAS wajar memberi sokongan serta tidak bersifat oposisi, manakala apa-apa perkara negatif yang dibawa oleh sesiapa jua harus dibanteras dengan cara yang betul dan pragmatik.

Beliau turut juga mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS di atas kejayaan membentang usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Share on Myspace