Presiden Ikatan turut ikuti hari akhir muktamar

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Hari terakhir muktamar kali ke-62 bermula pagi ini kira-kira jam 8.40 pagi selepas menangguh mesyuarat malam tadi yang berakhir jam 12 tengah malam.

Jadual yang sendat itu disifatkan Pengerusi Tetap Hussin Ismail sebagai jarang-jarang berlaku di mana muktamar diadakan sehari suntuk.

“Saya berharap perwakilan dan pemerhati mengekalkan stamina pagi ini selepas bermuktamar sehari semalaman yang bermula sejak jam pagi semalam,” katanya memulakan muktamar pagi ini.

Turut mengikuti muktamar hari ini Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bersama pimpinan parti itu.

Biar pun muktamar dilanjutkan sehingga awal pagi namun perwakilan dan pemerhati tidak berganjak, di mana mereka memenuhi dewan Putik sehingga ke akhir program.

Situasi itu memperlihatkan biar pun berlaku masalah dalaman PAS ekoran segelintir pemimpin yang tewas pada muktamar lepas meninggalkan parti, namun muktamar kali ini memperlihatkan PAS bangkit semula. – HARAKAHDAILY 3/6/2016

Share on Myspace