DHPP juga mahu adakan usrah

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan supaya diadakan usrah dalam kalangan mereka untuk membolehkan ahli-ahlinya memahami Islam dan PAS lebih menyeluruh.

Ketuanya Balasubramanian berkata, usrah  yang merupakan perjumpaan kecil kalangan ahli bagi membincangkan mengenai agama dan isu semasa.

“Jadi saya mencadangkan PAS Pusat menganjurkan juga program usrah dalam kalangan kami untuk membolehkan mengenali lebih dekat mengenai Islam dan PAS,” katanya pada ucapan penggulung pada hari akhir muktamar di Putik pagi ini.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan serta perwakilan dari seluruh negara.

Balasubramanian juga menyifatkan keputusan PAS menarik diri daripada DAP merupakan satu keputusan terbaik pada masa ini yang begitu berani dilakukan.

Beliau juga menegaskan hanya Islam yang mampu menyelesaikan masalah negara yang melanda sekarang termasuk rasuah dan penyelewengan.

“Ini kerana Islam melarang perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan amalan agama. Contoh yang berlaku di Kelantan di mana non-Muslim dilayan sama rata dan selesa berada berada di bawah PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/6/2016

Share on Myspace