Tahniah Akademi Silat Pendekar Muda

HARAKAHDAILY | .

Ketika saya sedang bersama kawan-kawan di Muktamar PAS, saya sememangnya maklum tentang acara pertandingan akhir Akademi Silat Pendekar Muda yang sedang berlangsung di Shah Alam.

Sebenarnya DPPM sudahpun merancang untuk hadir dan turut memberi sokongan terhadap majlis yang begitu diminati anak muda tersebut tetapi apakan daya bertembung dengan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kelantan.

Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada saudara Ahmad Syahmi yang berjaya dinobatkan sebagai ikon Pendekar Muda, serta tahniah kepada seluruh peserta, penerbit, krew penyiaran, penyokong yang tidak jemu berjuang hingga ke episod yang terakhir.

Islam mengajar kita untuk melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri. Maka memelihara dan melangsungkan seni persilatan Melayu adalah satu tuntutan yang digalakkan oleh agama. Tahniah!

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
3 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 3/6/2016

Share on Myspace