Ahli PAS parlu faham perlembagaan parti

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS berhasrat untuk menanam budaya 'Membudayakan Perlembagaan PAS' kepada seluruh ahli parti pada setiap peringkat.

Sehubungan itu, beliau menyeru setiap ahli agar hadam dan faham dengan sebenarnya perlembagaan yang dirangka oleh pimpinan dahulu supaya proses mengurus parti dapat dilakukan dengan lebih baik.

"Perlembagaan PAS ini harus difahami oleh ahli PAS. Kami telah memudahkan anggota parti dengan membangunkan aplikasi touch n get yang dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat supaya perlembagaan ini dapat dicapai walau ahli berada di mana jua," ujarnya ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Putik, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu turut menyentuh berkenaan aset PAS di setiap peringkat supaya dicatat dan diurus dengan baik.

"Kita arahkan semua peringkat parti yang mempunyai aset parti untuk masukkan semua aset tersebut dalam pendaftaran inventori aset PAS," ujarnya lagi.

Share on Myspace