Ulamak terus melebarkan dakwah di Sabah, Sarawak

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Mengambil Iktibar dari keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, Dewan Ulamak PAS Pusat akan terus menggembleng tenaga menyampaikan risalah Islam yang sebenar di Sarawak dan Sabah.

Sehubungan itu, ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, beliau akan berusaha berbincang dengan Dewan Ulamak PAS Sarawak terutama berkenaan usaha menggerakkan dakwah secara lebih menyeluruh.

Ini, katanya supaya masyarakat di Sarawak memahami Islam di segenap peringkat.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), hari ini.

Katanya lagi, antara faktor kekalahan PAS pada PRN Sarawak baru-baru ini kerana ramai lagi rakyat negeri itu yang tidak memahami perjuangan melalui Gerakan Islam.

"Sebab itulah rakyat Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai Gerakan Islam yang dibawa PAS untuk memerintah negara suatu hari nanti," katanya.

Share on Myspace