Ibu Dr Najiha hadir beri sokongan walau uzur

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA KANGSAR: "Namapun Solehah, memang dia anak yang solehah. Baik dan taat ibu bapa," demikian reaksi bonda calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Samiyah Ibrahim, 69 tahun.

Beliau spontan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perwatakan anaknya, Dr Najihatussolehah Ahmad.

Beliau yang keuzuran tetap hadir dalam perarakan pada penamaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah Daerah, di sini hari ini.

Menurut beliau, Dr Najiha juga seorang yang kuat semangat dan Samiyah sendiri sentiasa mengikuti anaknya itu berkempen dalam pilihan raya.

Namun, pada kali ini beliau tidak dapat berbuat demikian kerana memenuhi urusan Ramadan.

Kehadiran beliau semenangnya menyuntik semangat Dr Najiha yang asalnya menjangka ibu beliau tidak dapat bersama kerana keuzuran.

Samiyah turut menyeru ahli PAS agar terus memberi sumbangan kepada parti seikhlasnya demi memastikan kelangsungan perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Share on Myspace