Keroje Untuk Kome – tema PAS PRK Kuala Kangsar

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA KANGSAR: Ribuan penyokong PAS dari pelbagai kaum dan umur yang hadir pada penamaan calon PRK P.067 Kuala Kangsar melaungkan takbir sebagai memberikan semangat kepada calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad saat beliau merasa hiba ketika menyampaikan ucapannya.

Beliau terhenti saat menyampaikan ucapannya setelah disahkan sebagai calon bagi PRK itu, kerana bakal membawa tanggung jawab parti dan seluruh ahli PAS.

Pun begitu, beliau melahirkan rasa semangatnya dengan dokongan seluruh jentera yang akan menggerakkan tugas pada PRK ini.

Dalam ucapannya, Dr Najiha mengingatkan para petugas untuk menjadikan kesempatan Ramadan untuk meningkatkan ibadah dan mengharapkan keredaan Allah agar mendapat kejayaan dari-Nya.

Seru beliau, petugas juga perlu menjaga akhlak dan hubungan sesama ahli PAS serta lawan, selain memastikan musuh tidak menyelinap dalam kalangan petugas PAS atau menimbulkan provokasi.

“Ajak pengundi buat keputusan bijak dengan memilih PAS. Sepertimana kata Presiden, kita akan bawa mesej amar makruf nahi munkar. Antaranya kebajikan dan sentiasa mengutamakan rakyat,” jelasnya yang akan memakai tema “Keroje Untuk Kome”. – HARAKAHDAILY 5/6/2016

Share on Myspace