PAS rakam takziah kepada keluarga Dr Aziz Hanafi

HARAKAHDAILY | .

Al-FAATIHAH, buat Almarhum Prof. Madya Dr Abdul Aziz Hanafi yang telah kembali ke Rahmatillah tengah hari tadi pada hari pertama Ramadhan 1437. Semoga roh Almarhum tergolong dari kalangan hamba Allah SWT yang soleh.

Pemergian beliau bukan saja kehilangan bagi PAS bahkan suatu kehilangan besar bagi ummah. Satu permata Islam yang hebat di tanah air tercinta ini.

Saya mewakili seluruh ahli PAS mengucapkan takziah buat ahli keluarga Almarhum. Sabarlah menghadapi ujian ini. Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampuna-Nya buat Almarhum dan kita semua. Ameen Ya Rabbal A'lamin.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 6/6/2016

Share on Myspace