Takziah untuk keluarga almarhum Dr Aziz Hanafi

HARAKAHDAILY | .

Dewan Ulamak PAS Selangor (DUPNS) mengucapkan takziah kepada keluarga al-Marhum Dr Abdul Aziz Hanafi yang baru sahaja meninggal dunia pada hari ini, 6 Jun 2016, jam 1.35 petang.

Beliau lahir pada tahun 1948, almarhum mendapat pendidikan tertinggi di peringkat PhD dari Universiti al-Azhar dan menjadi ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah. Almarhum merupakan seorang ulama yang hebat dan beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun 2011 oleh Sultan Kedah.

Beliau merupakan tokoh Ulama Ahli Sunnah yang disegani dan terkenal bersuara lantang menentang Syiah dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Brunei. Beliau pernah menjadi salah seorang ahli Majlis Syura PAS.

Pemergian beliau ke rahmatullah ditangisi kerana beliau adalah tokoh yang sukar untuk dicari ganti dan sumbangan beliau yang sangat banyak untuk Islam di Malaysia dan juga Brunei.

DUPNS memohon agar Allah memberikan keampunan kepadanya dan merahmatinya. Semoga beliau tergolong dalam kalangan orang-orang soleh. Amin.

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
6 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 6/6/2016

Share on Myspace